Monday, January 17, 2011

VIPM cannot connect to LabVIEW

VIPM atau VI Package Manager adalah satu perisian yang memudahkan pengaturcara LabVIEW untuk memuat turun dan memasang LabVIEW add-on. Ia dikeluarkan oleh JKI dan boleh didapati disini


Jika kita terlibat dalam pengaturcaraan remote panel, kadang-kadang kita secara tidak sengaja telah mengubah konfigurasi pada VI Server terutamanya pada bahagian "Machine Access" . Ini menyebabkan VIPM tidak dapat berhubung dengan labVIEW untuk memasang sebarang add-on yang baru.

Jadi, jika anda tidak sengaja telah mengubah konfigurasi tersebut dan lupa pula konfigurasi asal, sila rujuk pada "Help", bahagian Appendix B: How to manually configure your LabVIEW version to allow VIPM communication.

No comments:

Post a Comment