Monday, September 24, 2012

Android: R does not auto-generate id

Kadang-kadang bila kita buat layout xml baru, dan start buat aturcara dekat java class, kita akan dapati bahawa dalam R.java tidak akan auto generate id yang kita set dalam fail xml tadi. Ini menyebabkan bila kita nak panggil id tersebut dalam program kita, contohnya setContentView(R.layout.), kita akan dapati eclipse akan keluarkan error. Penyelesaian: Namakan semula fail xml tersebut menggunakan huruf kecil sahaja atau nombor.

Monday, January 17, 2011

VIPM cannot connect to LabVIEW

VIPM atau VI Package Manager adalah satu perisian yang memudahkan pengaturcara LabVIEW untuk memuat turun dan memasang LabVIEW add-on. Ia dikeluarkan oleh JKI dan boleh didapati disini


Jika kita terlibat dalam pengaturcaraan remote panel, kadang-kadang kita secara tidak sengaja telah mengubah konfigurasi pada VI Server terutamanya pada bahagian "Machine Access" . Ini menyebabkan VIPM tidak dapat berhubung dengan labVIEW untuk memasang sebarang add-on yang baru.

Jadi, jika anda tidak sengaja telah mengubah konfigurasi tersebut dan lupa pula konfigurasi asal, sila rujuk pada "Help", bahagian Appendix B: How to manually configure your LabVIEW version to allow VIPM communication.

Saturday, January 15, 2011

Property dinamic dispatching to override

Dalam LabVIEW, jika anda ada "Get/Set property dynamic dispatching" dan override property tersebut, kedua2nya mestilah dioverride, jika tidak, anda akan mendapat error seperti berikut

"Incompatible property definition override"

Details:

"The property definition folder named "%s" overrides a property in a parent class, but the override is not compatible. The accessor VI in the child class and the accessor VI in the parent class must have the same read or write access to the property or not be an accessor VI to any property."

Jadi, jika anda mempunyai Get dan Set property kat parent, maka, anda harus override kedua2nya (Get dan Set)

Edit: Sebenarnya kesalahan diatas adalah disebabkan properties yang tidak diletakkan di dalam folder properties definition. Jadi, untuk atasi ralat di atas, selepas anda override properties, klik kanan pada class, kemudian pilih New>>Property Definition Folder. Letakkan nama folder sama dengan parent. Kemudian tarik properties ke dalam folder property defintion yang baru dibuat tersebut.

Wednesday, January 12, 2011

G#

G# atau dibaca G Sharp merupakan alternatif kepada pengaturcaraan berasaskan objek (OOP) yang menggunakan konsep "by reference" berbanding dengan LVOOP (LabVOOP) yang mengunakan "by value". G# ini merupakan sumber terbuka (open source) dan dibangunkan oleh AddQ Consulting.

Selain G#, terdapat beberapa lagi rangka kerja LabVIEW yang menggunakan konsep "by reference". Di antaranya ialah:
1. Goop Developer dari Sciware (percuma)
2. OpenG Class (percuma)
3. dqGOOP (DataAct Queue Graphical Object Oriented Programming)dari DataAct
4. Endevo GOOP (Percuma untuk Community Edition)

Sunday, October 24, 2010

Convert char array to string

Diambil dari rujukan [1]

Cara susah:

string str;
char array[] = "Hello World";
for(int i = 0; array[i] != 0; i++)
str += array[i];

Cara senang

string str;
char array[] = "Hello World";

str = array;

Rujukan:

[1] http://www.programmersheaven.com/mb/CandCPP/309708/309708/converting-char-array-to-string-type/

Split string to vector

Saya ambil dari rujukan [1]

Contoh:

string d = "Ahmad 54 34 45";

vector result;

split(d,'\t',result);


vector &split(const string &s, char delim, vector &elems) {
stringstream ss(s);
string item;
while(std::getline(ss, item, delim)) {
elems.push_back(item);
}
return elems;
}


Rujukan:

1. http://stackoverflow.com/questions/236129/how-to-split-a-string

Convert string to double

Contoh;

string d = "23.5";

double nilai = atof(d.c_str());

Rujukan:

1. http://www.gidforums.com/t-1131.html