Sunday, July 12, 2009

Cara nak pecahkan muka surat antara seksyen

Cara ini adalah untuk pecahkan muka surat antara seksyen iaitu jika seksyen pertama (contohnya seksyen pertama kita kita khaskan untuk tajuk, isi kandungan dan sebagainya) dan seksyen kedua (seksyen kedua kita khaskan untuk tulis kandungan).
  1. Letakkan cursor pada muka surat terakhir seksyen pertama.
  2. Pergi ke Page Layout>Breaks>Section breaks> dan klik pada Continous
  3. Untuk masukkan muka surat baru, tekan Ctrl+Enter. Untuk letakkan nombor pada muka surat baru, pergi ke Insert>Page Number>Format Page Number. Satu kotak dialog akan muncul. Pilih jenis format yang kita nak pada combo box Number format dan pilih nombor berapa yang kita nak mula pada seksyen baru di Page Numbering> Start at (Biasanya nombor satu). Klik OK.
  4. Jika pada seksyen baru, muka surat anda bermula pada 2, maka ulang langkah 3, dan pilih Page Numbering> Start at: nombor 0.

No comments:

Post a Comment